Mubarak didapati bersalah Hosni_Mubarak

Pada 2 Jun 2012, Hosni Mubarak didapati bersalah oleh hakim yang membicarakannya di Akademi Polis Kaherah , Mesir. Hosni Mubarak, dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah terbabit dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat yang menggulingkan beliau pada 2011 . Rakyat Mesir berkumpul di Dataran Tahrir selama 18 hari sehingga Mubarak digulingkan pada 11 Februari 2011. Mubarak, Menteri Luarnya, Habib al-Adly, dan enam komander polis berdepan hukuman mati jika disabitkan bersalah. Kira-kira 850 penduduk maut dalam kejadian itu.

Anaknya Alaa dan Gamal serta rakan perniagaan, Hussein Salem, yang melarikan diri ke Sepanyol, turut dibicarakan atas pertuduhan rasuah. Bekas Presiden Mesir itu juga dituduh menjual gas asli ke Israel pada harga lebih rendah berbanding pasaran. Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly, dan enam ketua keselamatan juga tiba di Akademi Polis untuk mendengar keputusan hakim. Mereka ditugas mematahkan tunjuk perasaan yang menggulingkan rejimnya. [6] [7]

Perbicaraan itu disiarkan secara langsung melalui televisyen.Media asing akan dikenakan bayaran antara AS$7,000 (RM21,000) dan AS$10,000 (RM30,000) untuk membeli siaran liputan.Ketua Kesatuan Radio dan Televisyen Mesir, Tharwat al-Mekki memaklumkan kadar bayaran itu.

Pilihan raya Mesir 2012 diadakan pada pusingan kedua pada 16 dan 17 Jun 2012 antara calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi dan bekas Perdana Menteri Mesir, Ahmad Shafiq.[8]